Terapi Kekayaan

Kekayaan milik semua hambaNYA..

Mengapa aku ingin hidup kaya?

 

img_2520

 

Assalamualaikum,
Sedikit perkongsian di hari jumaat yang penuh dengan keberkatan.

Mengapa aku ingin hidup kaya? Sekiranya kita tanya hati, pasti akan menemui jawapannya. Ada yang ingin hidup kaya kerana pernah merasa susahnya hidup miskin. Ada yang ingin hidup kaya kerana untuk membuktikan kepada seseorang bahawa diri mampu hidup kaya. Ada yang ingin hidup kaya kerana merasa sakitnya apabila dihina ketika miskin. Akhirnya kita berusaha untuk kaya kerana dendam dan ego yang berada di dalam diri. Adakah kehidupan kita akan bahagia?

1- Mungkin kita dapat kekayaan yang kita inginkan, tapi percayalah ia hanya kekayaan fizikal yang amat sukar untuk kekal. Mengapa? Kerana jiwa tidak tenteram dan emosi yang tidak stabil tidak akan membantu anda untuk sentiasa kekal dan bahagia.

(more…)


Mengapa ingin kaya?

 

 

img_2521

Syukur kehadrat ALLAH kerana masih diizinkan berkongsi cerita bersama sahabat terapi kekayaan. Saya doakan semoga saat ini sahabat semua dapat merasai kebahagiaan dan kekayaan yang telah pun tersedia untuk kita.

Tiba-tiba teringat saya perbualan dengan seorang hamba ALLAH petang semalam tentang kehidupannya yang statik dan sukar untuk move forward. Dipendekkan cerita jawapan yang ringkas saya berikan kepada beliau , awak tidak gembira dengan kehidupan anda dan selama ini awak berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan kerana ingin ‘ menyuapkan ego’ yang ada di dalam diri, akhirnya hidup awak stucked kerana telah ‘dimakan oleh ego’ awak sendiri.

Saya yakin situasi ini bukan saja berlaku kepada beliau, malah saya akui pengalaman ini juga pernah lalui dan saya amat yakin ramai lagi sahabat diluar sana mengalami masalah seperti ini.

Ada yang ingin hidup kaya, tetapi puas berusaha masih tak kaya-kaya. Ada yang ingin bahagia tetapi tetap sukar untuk bahagia. Ada yang sudah pun mencapai target yang diinginkan tetapi sukar untuk ‘ move forward’, dan statik.

(more…)


Refleksi kekayaan..

img_2512

 

Salam bahagia sahabat Terapi kekayaan, semoga sentiasa dilimpahi berkat dan rahmat ALLAH. Tahukah sahabat apakah ciri-ciri yang ada pada mereka yang kaya dan Berkelimpahan?

  • Mereka tidak merasa kekurangan. Mereka tahu bahawa manusia adalah sebahagian dari energi kehidupan. Jadi mereka sentiasa percaya bahawa mereka memiliki kekayaan yang tidak terbatas.
  • Mereka percaya bahawa mereka tidak perlu bersaing dengan apa cara sekalipun. Bagi mereka kekayaan yang mereka miliki amat luas dan tidak terbatas. Jadi tidak akan wujud istilah persaingan yang ada hanyalah perkongsian.
  • Orang kaya tidak pernah takut untuk memberi kerana mereka tahu mereka boleh mendapatkan kembali dengan mudah apa yang diberikan kerana semua yang ada di dunia ini mempunyai energi yang akan mengalir dengan mudah kedalam hidup mereka.

Adakah kita semua memiliki mindset seperti yang dinyatakan di atas? Jom sama-sama kita lakukan refleksi.. Jika ada dikalangan kita yang memiliki. ciri-ciri mindset seperti yang dinyatakan di atas, tahniah untuk anda!

Tetapi sekiranya kehidupan dikalangan kita berbeza seperti yang dinyatakan di atas, sentiasa rasa bimbang , takut , gelisah dan pelbagai emosi negatif yang hadir sekiranya duit tidak mencukupi itu bemakna sesuatu perlu dilakukan. Periksa kembali sistem kepercayaan anda tentang kekayaan dan keberlimpahan. Semoga kita semua memiliki kesedaran yang sebenar tentang kekayaan dan kebahagiaan.


Mengapa sukar mendapatkan rezeki

image

 

Assalamualaikum,
Saya doakan semoga sahabat terapi kekayaan berada di dalam keadaan bahagia dan sentiasa diberikan keberkatan yang berkelimpahan. Alhamdulillah dengan izin ALLAH selepas solat dhuha tadi tergerak hati untuk berkongsi sedikit perkongsian hari ini tentang mengapa ramai dikalangan sahabat hari ini yang mengalami masalah kewangan ( rezeki). Punca utama ialah tidak memahami konsep asas rezeki.

Bila kita bercerita tentang rezeki sudah pasti ianya termasuk duit, kesihatan, boleh bernafas dan lain-lain lagi. Namun sudah pastinya fokus ramai diantara kita ialah duit.

Tentu kita pernah dengar atau terbaca di mana-mana. Bila kita kejar dunia, dunia akan lari dan apabila kita mengejar akhirat dunia akan mengikuti kita.

Adakah kita terfikir kenapa kita sukar untuk mendapatkan duit ? Kerana duit itu adalah sesuatu yang berada di dunia ini. Jadi jika kita kata perlu kejar duit untuk hidup kaya atau bahagia ianya adalah satu konsep yang salah dan berlawanan dengan konsep kehidupan yang sebenar. Mungkin benar kita akan dapat duit tersebut tetapi kita pasti kepenatan kerana kita pasti akan kehilangan sesuatu yang lain. Atau mungkin kita sudah perolehi duit tersebut namun akhirnya hilang dan hanya bersama kita untuk seketika.

Kita andaikan duit itu umpama rama-rama. Selama ini kita diajar untuk kita menangkap rama-rama tersebut kita perlu menyediakan jaring, dan seterusnya kita perlu mengejar rama-rama tersebut. Kebarangkalian hasil yang diperolehi ialah pertama, kita gagal untuk mendapatkan rama-rama tersebut dan kedua, kita dapat menangkap rama-rama tersebut tetapi mungkin rama-rama tersebut akan terbang semula apabila dapat melepaskan diri dari jaring.

(more…)